Satu sindiket penyeludupan emas Taiwan telah ditumpaskan di Korea Selatan baru-baru ini oleh kastam negara itu. Mereka telah menemui ketulan emas pada bahagian badan penyeludup. Menurut laporan, emas tersebut dibawa dalam ketulan kecil dan ianya disimpan dalam punggung si penyeludup. Sebanyak 24 ketulan emas telah ditahan pada penyeludup pertama yang berusia 47 tahun ini. Kemudian selepas siasatan seramai 8 lagi orang yang dikatakan adalah rakan kongsi pemuda itu juga ditahan dan sebanyak 270 ketulan emas telah dirampas dari mereka.
Loading...
Tuesday, 6 August 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment