Benda yang paling menjengkelkan apabila menggunakan sistem pencetak ialah apabila ianya kehabisan kertas. Hanya jumlah kertas yang kecil boleh dietakkan pada tray pencetak pada satu-satu masa. Kan bagus sekiranya ada mesin pencetak yang mempunyai tray kertas yang besar bagi memudahkan proses mencetak dokumen yang banyak? Stack ialah konsep mesin pencetak yang diletakkan terus diatas timbunan kertas A4. Kertas akan dimasukkan sendiri ke dalam pencetak apabila ingin digunakan. Genius dan mudah! Stack direka oleh Mugi Yamamoto dan boleh diletakkan di atas timbunan kertas setinggi 200 keping kertas pada satu-satu masa.
Laporan asal Dezeen dabn Mugi Yamamoto
0 comments:
Post a Comment