Sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung di KM3 ketika menuruni Genting Highlands petang ini. Utusan Malaysia, dalam SMS berita terkininya, pada jam 5.26 petang ini menyebut sehingga ini 10 mayat ditemui manakala 15 mangsa cedera kini dirawat di Hospital Selayang
Sebelum ini, Pegawai unit kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Mohd Shukri Mohd Noor memberitahu Malaysiakini,pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.22 petang.
Katanya, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.
Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakiniberkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.
Update dari blog Mazidul Akmal Sidek jam 6.13 petang menyatakan..
Gambar 3 daripada mangsa terkorban dalam nahas bas jatuh gaung di Genting Highlands. Doktor dilaporkan sedang mengesahkan status mangsa di dalam bas belum dibawa naik lagi.
"Saya mendapat berita lebih 30 mangsa masih di dalam bas, status mereka belum diketahui lagi dan doktor sedang mengesahkan samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia," ujar sumber.
Walau bagaimanapun statistik itu belum disahkan oleh pihak berkuasa.
BERNAMA pula melaporkan, menurut pasukan Bomba dan Penyelamat, 37 dikhuatiri maut. Sebelum ini 19 mangsa berjaya dikeluarkan, 3 antara mereka maut.
Jika benar kenyataan itu, maka itu antara kejadian paling ngeri berlaku di pusat peranginan tanah tinggi terkemuka di Malaysia itu. Seperkara lagi, bas terbabit dalam tragedi itu ternyata menbawa lebih penumpang, 49 orang, berbandung bilangan dibenarkan.
0 comments:
Post a Comment