Malam tadi, saudara-saudara kita di Timur Damascus, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua, telah dibedil dengan senjata kimia !
Peluru berpandu yang dilancarkan dari darat oleh regim laknat Bashar Assad memusnahkan rumah mereka dan seterusnya melepaskan senjata kimia di bandar tempat kediaman mereka.
Lebih menyedihkan keadaannya di hospital apabila mangsa-mangsa hanya dapat dirawat menggunakan air 7-UP SAHAJA dalam usaha untuk menyelamatkan mereka.
Mereka mencuci badan mangsa-mangsa dengan air soda tersebut dengan harapan mereka berjaya diselamatkan walaupun ternyata usaha mereka sia-sia kerana kahirnya mangsa-mangsa tersebut menemui ajal mereka.
Lebih malang lagi, petugan-petugas UN yang sepatutnya memantau penggunaan senjata kimia terlarang oleh regim laknat ini sedang bersenang lenang di hotel 5 bintang, beberapa kilometer dari tempat kejadian.
Angka tidak rasmi kematian akibat serangan senjata kimia rejim laknat Bashar Assad malam tadi sudah menghampiri 500 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Daerah yang terlibat termasuk Ghouta, Jobar, Zamalka dan 'Ain Tirma, di luar Damascus.
0 comments:
Post a Comment