Loading...
Friday, 23 August 2013

COOL : Hotel Twitter Pertama Di Dunia Di Sepanyol (7 Gambar)

Hotel Melia International adalah hotel pertama di dunia yang berkonsepkan jaringan sosial popular iaitu Twitter. Hotel ini terletak di Magaluf, Sepanyol. 


Hotel Melia memperbolehkan para pengunjung berinteraksi dengan staff mahupun pelancong lainnya melalui tweet 140 karakter. Untuk melakukannya, tetamu yang menginap perlu mengakses kemudahan WiFi hotel untuk bergabung di komuniti #SocialWave. Dari situ mereka boleh berbual, berkongsi foto atau mengirim emoticon dengan tetamu yang lain.

Sebagai hotel berkonsep jaringan sosial, di setiap sudut hotel dihias khas sehingga mendorong pengunjungnya untuk sering ber'tweet'. Di bar restoran diletakkan stiker "Thirsty? Tweet Us #FillMyFridge", begitu juga di tandas yang memiliki cermin dengan stiker lucu agar pengunjung boleh bergambar di sana. Pihak hotel juga membuat hashtag khusus untuk semua hal dan selalunya akan ada admin yang siap sedia menjawab pertanyaan tetamu via Twitter.

Berlokasi di Mallorca, hotel ini memang menawarkan pengalaman baru merasakan perpaduan sensasi beristirehat sekaligus bergabung dengan komuniti virtual.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP