Kemuncak Perang Dunia Ke-3 hampir berlaku berikutan pertelagahan antara negara blok Komunis yang didokong oleh Soviet Union dan negara blok Barat yang didokong Amerika Syarikat dan Britain..Oleh itu, pelbagai persediaan dilakukan sekiranya berlaku Perang Dunia Ke-3 yang dikatakan akan melibatkan kuasa nuklear dan salah satu persediaan itu adalah teks ucapan Ratu Elizabeth untuk seluruh penduduk Britain dan pakaian untuk latihan bencana yang telah ditemui di dalam arkib kerajaan baru-baru ini.
Ucapan dalam teks yang penuh kehangatan, harapan dan keselesaan menjadi jaminan untuk rakyat. Tetapi mujurlah, dalam sejarah, Ratu tidak pernah membaca teks ucapan tersebut.
Jauh di dalam koridor Whitehall semasa kemuncak Perang Dingin, penjawat awam telah menyediakan teks ucapan untuk kerabat Diraja bagi menyampaikan berita terletusnya Perang Dunia Ke-3 antara negara berkuasa nuklear iaitu Kesatuan Soviet Union dan pihak Barat.
Dalam gambaran dingin sebuah dunia yang sedang berada di ambang kemusnahan nuklear, teks ucapan berkenaan menunjukkan bahawa Ratu mengutuk sekeras-kerasnya apabila "kuasa maut teknologi disalahgunakan '- dan merujuk kepada "anak nya Andrew" yang sedang bertugas di barisan hadapan.
Selain itu, teks berkenaan juga menunjukkan bahawa Ratu akan mengisytiharkannya dalam satu siaran yang sudah dirancang yang berbunyi: "Apa jua ketakutan yang menunggu untuk kita semua adalah sifat-sifat yang akan membantu untuk mengekalkan kebebasan kita dan ia sudah berlaku sebanyak dua kali pada abad ini. Walaupun sedih, sekali lagi ia akan menjadi sumber kekuatan kita".
Ucapan menyentuh hati itu telah ditulis oleh seorang penulis ucapan imaginasi yang mengambil bahagian dalam latihan penyediaan bencana dan merupakan salah satu di antara fail rahsia Kabinet sebelum ini yang baru-bari ini telah dikeluarkan oleh Arkib Negara.
Mesyuarat penyediaan bencana, yang turut dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet Wintex-Cimex 83 ditubuhkan pada musim bunga tahun 1983 dengan berlatar belakangkan kebimbangan yang semakin teruk berikutan hubungan Amerika Syarikat dan Soviet Union yang semakin rapuh.
Ia juga merupakan tahun di mana Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan menyifatkan Soviet sebagai 'empayar jahat', pembinaan peluru berpandu nuklear jarak sederhana ke Eropah dikerahkan dan bermulanya projek Star Wars.
Sebuah latihan ketenteraan yang dikendali pihak NATO dengan nama kod "Able Archer" hampir-hampir membawa kepada peperangan sebenar apabila pihak Soviet Union yakin itu adalah serangan yang sebenar.
Ucapan Ratu di bayangkan akan disiarkan pada tengah hari Jumaat, 4 Mac 1983.
Dalam latihan ketenteraan tersebut, ia menunjukkan bahawa pihak Soviet Union (Pakatan Warsaw) telah melancarkan serangan kimia ke atas Britain dan pihak NATO membalasnya dengan senjata nuklear di mana pada akhirnya, pihak Soviet menyerah dan mengembalikan keamanan.
Penjawat awam yang menulis teks persediaan itu juga turut berfikir akan ucapan yang akan dikeluarkan Perdana Menteri, Margaret Thatcher yang berbunyi: "Kami mahu keamanan dan berusaha untuk mencapainya."
"Kami adalah mangsa serangan provokasi dan dengan sekutu kami, kami akan melawan balik."
0 comments:
Post a Comment