Hezbollah ialah jihadist yang melakukan penentangan terhadap penaklukan Israel di Lebanon. Penentangan mereka bermula setelah tentera Zionis Israel menakluk sebahagian kawasan Lebanon pada tahun 1985. Pertubuhan ketenteraan ini disokong sepenuhnya oleh Iran dan mereka menerima latihan daripada tentera Iran yang dihantar. Tourist Landmark of the Resistancedibuka pada tahun 2010 bagi memperingati sejarah Hezbollah dan mereka yang syahid menentang Zionis. Di dalam muzium merangkap pusat propaganda Hezbollah ini anda boleh melihat senjata Zionis yang berjaya dimusnahkan dan diambil oleh pejuang Hezbollah. Terdapat juga taman yang diberi nama Bukit Syuhada yang menunjukkan senjata yang digunakan oleh Hezbollah untuk menghalau Zionis dari bumi Lebanon. Terowong tikus sepanjang 200 meter yang digunakan ketika penentangan terhadap Zionis juga turut terdapat di dalam muzium ini., Jika berminat untuk melawat silalah ke Mleeta yang terletak di Selatan Lebanon.
Laporan asal Amusing Planet
0 comments:
Post a Comment